welcome to my tiny messy home :D

life is simple . yet if its not, make it one ! welcome to the life of Yuna & Izara Aishah's regular stalker yo !

Oct 4, 2011

latest tv programmes I currently watch


semekom semua .

malam ni aku nak cakap sal drama2 latest yg mesti korang yg duk tanam anggur dan tersadai je kt umah macam aku ni tonton. masa rehat aku yg lagi sebulan lebih je kt umah ni tak kan sesekali aku biarkan boring. (padahal memang bosan) sebab tu ar tengok tv je keje aku hari2. mau lawan ? hehe.


Drama Soffiya
cite ni ak selalu tengok ngan mak aku. tapi timing cite ni kurang kene skit ar..



sinopsis : Soffiya,seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?




ni la pelakon2 cite soffiya tu. 
*fizo:dah lame aku tak tengok die nih,boleh tahan,die jadi lawyer wey dlm cite ni,jgn maen2.kena saman t.
*izara:personally aku suke dgn pelakon baru sorang ni.entahla kenapa,die comel tapi dlm cite ni die jhat lak
*tiz:kesian tol aku tgk die dlm cite nih.malang wey nasib die.kite ptut bersyukur kite tak cam die :)




Drama Tahajjud Cinta
cite ni pun memang aku tengok ar.boleh tahan.memula macam so so je cte ni,tapi lepas tu macam best pulak.smpai sekrang aku tengok and tertunggu2 cite die. benci tol aku nga ustaz choki2 yg gatal tuh.ishh


sinopsis : TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara.Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar).Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Suraya (Neelofa).
 



aku suke tengok si fazura dlm cite ni.aku rase die ni memang gojes ah wlpun die seksi kadang2.
si pooja pun ley tahan gak,menjadi gak ar die berlakon jadi isteri kena dera,hehe

banyak lagi sbenarnye cite2 yg aku tengok.tapi nanti ah aku rajin aku sambung.aku ni kan busy orangnye :D

*tengah tengok cinta elysa sambil update . 
*aku maen copy paste je sinopsis tu. nak suh aku taep memang tak ar kan ! bhahaha :D

No comments:

Post a Comment